scholar.gif

Thousand apologies to foreign readers of this blog, below is a news report from a mainstream press in Malaysia.

There is a so-called scholar from a local university who got his phd in Islamic Thinking and Missionize (direct translation) from the University of Edinburg UK, commented that ISA is instrumental in curbing threats of terrorism in this country.

Hiding behind the guise of Islamic scholar, Dr. Mohd Farid Mohd Sharif said we should be thankful (terhutang budi) to the ISA because it allows the government to effectively stop terrorism activities in early stage.

This “Dr.” is just another typical apologist of the infamous, immoral, unscrupulous and unconstitutional law–I.S.A! If his arguments hold water, tell us why Iraq is still in unrest even though the US authority is picking up Iraqis and detaining them without trial in Guantanamo Bay?

Well, the only reason that I could think of is maybe the detention camp is not in Iraq…

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Nasional/20070330002941/Article/

ISA berjaya halang ancaman keganasan

GEORGETOWN: Seorang pensyarah Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) mengaku usaha memerangi keganasan di negara ini tidak akan berjaya tanpa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

 

Dr Mohd Farid Mohd Sharif yang memiliki ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Dakwah dan Pemikiran Islam daripada Universiti Edinburgh, United Kingdom berkata, undang-undang dapat membendung ancaman keganasan di negara ini.

Bagaimanapun katanya, penguatkuasaan undang-undang itu perlu diperhalusi dan dihadkan supaya ia tidak dilihat terlalu melanggar hak asasi manusia.

“Kita boleh dikatakan terhutang budi dengan ISA kerana akta itu dapat menghalang keganasan yang dirancang mana-mana kumpulan militan atau radikal dari peringkat awal,” katanya selepas menyampaikan ceramah “Jihad dan Terorisme: Satu Analisa” di USM di sini, semalam. Kira-kira 50 orang terdiri pelajar dan pensyarah menghadiri ceramah itu.

Mohd Farid berkata, ISA penting untuk menghalang keganasan yang berlaku di selatan Thailand, di Indonesia dan Filipina.

“Tanpa tindakan awalan seperti dibenarkan dalam ISA, kerajaan akan mengalami kesukaran membendung ancaman keganasan di peringkat awal. Di Malaysia ada kemungkinan berlaku keganasan seperti di negara jiran. Oleh sebab itu ISA perlu untuk menghalangnya sebelum ia berlaku,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan ISA menyebabkan sarjana barat menganggap Malaysia liberal dan selamat kerana tiada kumpulan militan atau radikal.

Sementara itu katanya, wujud fahaman baru terhadap istilah keganasan sejak serangan Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 dan pengeboman di kota London, 7 Julai 2005.

Beliau berkata, keganasan yang sering dikaitkan dengan orang Islam hasil permainan kotor media barat sehingga menjadi label yang bukan saja ditakuti masyarakat Barat tetapi mengancam kelangsungan hidup umat Islam.

“Ia disebabkan salah faham Barat terhadap maksud keganasan dan jihad sehingga mereka menganggap perjuangan orang Islam seperti rakyat Palestin menentang Israel dianggap keganasan dan bukannya jihad,” katanya.
__._,_.___